taken from Majlis ilmu:

Majlis yang akan di adakan bulan rajab tepatnya hari Ahad 7 Rajab 1428H, bertepatan dengan 22 Julai 2007 yang akan datang ini di beri nama oleh Habib Omar bin Hafidz : مَدْرَسْ النُّوْر ( MADRAS AL-NUR ).

Salah satu keistimewaan yang ada pada majlis ini adalah ia memiliki cara yang serupa dengan majlis-majlis ilmu di Tarim – Hadramaut, di antaranya Madras Rubath Tarim.

Pelajaran yang di ajarkan di Madras Rubath Tarim ini adalah Tafsir, Hadith, Fiqh, dan Tasawwuf, lalu kemudian membaca tulisan dari salah seorang Ulama’ Hadramaut yang terkenal dalam satu majlis, kemudian majlis tersebut di akhiri dengan membaca surat Al-Fatehah dan Yasin, kemudian Qasidah dan fatehah, lalu doa dan di akhiri dengan :
ربنا انفعنا بما علمتنا رب علمنا الذي ينفعنا…..إلخ
Dan pelajaran ini berlangsung selama 2 jam atau 2.15 minit.

Untuk MADRAS AL-NUR ini Habib Omar bin Hafidz telahpun menentukan pelajaran yang serupa, yaitu:

1. Tafsir: مختصر ابن كثير ( Mukhtasar Ibnu Katsir).
2. Hadith: التجريد الصريح لأحاديث الجامع الصحيح ( Al-Tajrid Al-Sharih Li Ahaadith Al-Jami’ Al-Shahih).
3. Fiqh : التنبيه ( al-Tanbih oleh Syirazi).
4. Tasawwuf: ( silsilah dari karangan Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad dan المجموع karangan Habib Abdullah bin Husein bin Thahir).

Kemudian majlis akan di akhiri dengan

* bacaan surat Yasin,
* Qasidah kemudian
* al-fatehah dan doa:
* ربنا انفعنا بما علمتنـا رب علمنا الذي ينفعنا…..إلخ
* يـا ربنـا اعترفنـا بـأننـا اقتـرفنـا…. إلخ

Dan Majlis ini akan berlangsung selama 1.30 minit (Bermula jam lebihkurang 12.00 tengahari).

Untuk Muslimat (permulaan kelas dan waktu untuk Muslimat akan di makluman kemudian) Habib Omar bin Hafidz telah menetukan pelajaran yang akan di ajarkan:

1. Tafsir: الجلالين (al-Jalalain).
2. Hadith : رياض الصالحين ( Riyadhusshalihin).
3. Fiqh wanita : التذكرة الحضرمية فيما يجب على النساء من الأمور الدينية ( Al-Tdzkirah Al-Hadramiyah), karangan Habib Muhammd bin Salim bin Hafidz ( ayah kepada Habib Omar).